Wednesday, April 7, 2010

...Water Supply...


Satu hari hostel budak-budak operation kehabisan air.. "Satu malam anak2 semua tak mandi, bos.."kata Pak Hamid. So aku tanya Umar pasal urusan air kat rumah tu.. Kalau kat Malaysia, kes macam ni dah tentu kena potong pasal bil tertunggak..Tak lama lepas tu Umar pun datang. Dia bawa aku pergi cari air..Cari air?? Pusing-pusing jugak kami kat jalan dok cari air. Last2 jumpa la port parking lori2 air ni dok tunggu customer.. Style diorang kat sini, takde water supply by pipe ke rumah2.. Diorang just ada tangki besar kat bawah tanah pastu pam air naik tangki kat atas.. air tu pulak diorang dapat dari lori2 tangki bawak air.
Sambung citer tadi, sampai la kami kat port lori2 air ni.. Selepas 'dealing' harga, lori tu pun ikut kami ke hostel. First time la aku tengok macam mana diorang isi air tangki untuk bekalan air rumah.. Macam tu rupanya..
"Ya habibi, jangan lupa ambil nombor telefon driver lori tu, senang kalau air habis lain kali,"pesan Umar kat aku...

Tuesday, April 6, 2010

udang itu hijau benar...



a'a memang hijau dan besar... tiap kali pergi pasar mesti usha.. nak beli tak reti nak masak.. huhu

Monday, January 4, 2010

alhamdulillah...




010110
alhamdulillah kami baru selesai mengerjakan ibadah umrah.
pertama kali aku ke tanah haram.
pertama kali aku berihram.
pertama kali aku melihat kaabah, safa, marwah..
sunggguh adalah nikmat dunia yang paling tinggi bagiku...
lalu terbayang padaku,
susah jerih nabi muhammad dan para sahabat memperjuangkan islam
sehingga kita dapat mengenal nikmat hidayah pada dewasa ini
lalu terbayang padaku,
kesabaran hajar menghadapi ujian dari allah
ditiggalkan bersendirian bersama anak yang masih kecil benar
ditengah padang pasir tandus tanpa pohon dan air
namun kerana allah semuanya direhai
berlari dari safa ke marwah, marwah ke safa
sehingga kita dapat menikmati keajaiban air zam-zam pada hari ini
aku redha allah sebagai tuhanku, dan islam agamaku, dan muhammad sallallahu alayhi wasallam nabiku
ya allah jika panjang usiaku
sempatkan aku ke sini lagi...