Tuesday, December 29, 2009

alkisah air zam-zam...

satu ketika kami kami dipandu oleh Mr Jamil (Arabian) ke tapak projek. Di pertengahan Jalan Madinah, kami perasan ada orang jual air zam-zam dengan cara boot sale di pinggir jalan. Jadi bertanyalah kami orang Malaysia kepada dia, "boleh caya ke orang jual air zam-zam tepi jalan macam ni. Entah2 ditambah dengan air biasa."





So Mr Jamil explain, "Antara kelebihan air zam-zam, walaupun satu botol air biasa ditambah dengan secawan air zam-zam, maka keseluruhan zat air di dalam botol tersebut akan berubah menjadi sama seperti air zam-zam. It's a miracle..."

Wednesday, December 16, 2009

Al-Salama...





















Apartment (dan bangunan2 disini dibina) dengan design yang artistik dan finishing decoration yg agak dasat.. parking kereta pun tampal marble beb!.. Kereta pun besau2.. Kebanyakannya American..

Monday, December 14, 2009

8 Dis, 12.30am (masa Malaysia), alhamdulillah kami selamat mendarat di King Abdul Aziz International Airport, Jeddah. Waktu tempatan kini pukul 7.35pm (7 Disember) bersamaan waktu Malaysia 12.35am (8 Disember). Cuaca pun dah gelap. Mungkin dah masuk waktu Isya. Tak lama kemudian beberapa org kenalan (2 orang dari Malaysia dan 3 orang dari Pakistan) datang menjemput kami dari airport ke apartment tempat kami menginap, di Daerah al-Salamah, Jeddah.
Selepas siap memindahkan barang2 ke dalam rumah, kami keluar jalan2 cari makan.. Kami pergi ke sebuah restoran turki, makan nasi baryani yg dimasak bersama2 ayam goreng dan dihidangkan dalam satu talam. Kalau x salah nama menu tu nasi 'Mandi'.. (nasik pun tau mandi yer...)

Saturday, December 12, 2009

Assalamu'alaikum


Kehadapan yg dikasihi, umi abah, adik abang, kakak2, pakcik makcik, sedara sedari, sahabat handai, sahabat tak handai, rakan email, rakan ym, rakan friendster, rakan myspace, dan sapa2 yg kenal mahupun x kenal saya, harap semua dalam keadaan sihat sejahtera dan semoga sentiasa berada di dalam hidayahNya..
Hadirnya warkah (blog) ini adalah sebenarnya untuk mengambil jalan tengah dari permasalahan kesukaran saya untuk menghantar/membaca seterusnya me'reply' email melalui friendster, yahoo mail, gmail dan sebagainya kerana tidak mempunyai masa yang mencukupi - buat masa sekarang (maaf).
Oleh yang demikian, apa2 perkembangan dan gambar2 yang saya ada sepanjang this episode of my journey akan saya 'update'kan di sini.
Sekian, wassalam.

Adios.