8 Dis, 12.30am (masa Malaysia), alhamdulillah kami selamat mendarat di King Abdul Aziz International Airport, Jeddah. Waktu tempatan kini pukul 7.35pm (7 Disember) bersamaan waktu Malaysia 12.35am (8 Disember). Cuaca pun dah gelap. Mungkin dah masuk waktu Isya. Tak lama kemudian beberapa org kenalan (2 orang dari Malaysia dan 3 orang dari Pakistan) datang menjemput kami dari airport ke apartment tempat kami menginap, di Daerah al-Salamah, Jeddah. Selepas siap memindahkan barang2 ke dalam rumah, kami keluar jalan2 cari makan.. Kami pergi ke sebuah restoran turki, makan nasi baryani yg dimasak bersama2 ayam goreng dan dihidangkan dalam satu talam. Kalau x salah nama menu tu nasi 'Mandi'.. (nasik pun tau mandi yer...)
No comments:
Post a Comment